Assalamualaikum w.r.h.w.b.t
dan salam sejahtera,
Saya Siti Salmah Binti Sedik merupakan pelajar UTM Space yang mengambil subjek Pengurusan Maklumat Sumber Manusia SHP3423. Pada hari ini saya sangat berminat untuk memilih dan membincangkan tiga topik dari Proses Pembelajaran yang terkandung di dalam subjek Pengurusan Maklumat Sumber Manusia. Antara tajuk yang di bincangkan di dalam blog saya ini adalah yang pertama Pengurusan Maklumat dan Kelebihan Daya Saing, Pengambilan dan Pemilihan Pekerja di dalam Pengurusan Sumber Manusia dan topik yang terakhir adalah Penggunaan Perkhidmatan Laman Web Untuk Pekerja. Topik yang dipelajari dan maklumat yang dikumpulkan dalam blog ini adalah penting dan berguna kepada saya dan rakan-rakan yang lain. Maklumat yang dikumpulkan boleh membantu saya untuk ingat kembali apa yang saya telah dipelajari. Topik ini akan dibincangkan dan dikaitkan dengan keadaan kerja serta menjadi pekerja yang lebih produktif dan berpengetahuan. Sebagai Urusan dari sumber manusia isu penting ini adalah untuk mengetahui bagaimana mengurus dan membina motivasi kepada kakitangan.
(155
patah perkataan)