Perancangan dan
pampasan untuk pekerja merupakan
anggaran perbelanjaan pekerja, bagi menetapkan
piawaian prestasi, dasar pampasan telus serta memperkenalkan faedah yang
kompetitif untuk pekerja. Organisasi yang mempunyai perancangan pampasan faedah
kepada pekerja akan memberikan kesan
serta mendorong pekerja untuk meningkatkan prestasi kerja
bagi mendapatkan ganjaran yang luar
biasa. Oleh yang demikian, untuk menguruskan pampasan tersebut, organisasi
perlu untuk menggunakan aplikasi berasaskan web untuk memudahkan kerja mereka.
Bagi penggunaan laman web untuk mengakses perancangan dan pampasan untuk pekerja terdapat banyak kebaikan kerana ianya sangat mudah dan cepat. Penggunaan laman web ini dapat mneyelesaikan banyak masalah dengan mengakses program menggunakan pelayar web standard di mana-mana dan bila-bila masa yang mereka mahu. Proses perkara tersebut juga tidak lagi perlu duduk di depan desktop di pejabat-pejabat pusat untuk memproses maklumat. Pekerja juga boleh melihat faedah gaji mereka dan maklumat serta boleh mengemaskini profil peribadi mereka di rumah atau di mana-mana sahaja.
Selain daripada itu juga terdapat fungsi bersepadu yang bermaksud sistem pampasan disepadukan dengan Pengurusan Sumber Manusia dan Pengurusan Sistem Maklumat Sumber Manusia bukan dalam organisasi. Sebagai contoh, tuntutan pampasan boleh mengesan butir pekerja secara kemaskini dengan kehadiran maklumat untuk membuat perubahan yang sepadan dalam pampasan.
Terdapat beberapa
kelebihan daripada menggunakan aplikasi web yang berasaskan automasi data. Proses
Automasi yang terdapat di dalam laman web dan prosedur sedia ada telah
menjimatkan kos penggunaan kepada organisasi kerana ianya tidak melibatkan
penggunaan kertas. Proses Automasi ini juga penting bagi mengurangkan beban
kerja mereka dengan melakukan kerja kemasukan data, pemfailan dan penulisan
laporan.
Penggunaan aplikasi berasaskan laman web dapat membantu dalam aliran kerja untuk diselaraskan. Pengaplikasian laman web memperkemaskan semua aspek perancangan pampasan dan pelaksanaan, termasuk pelan model tatarajah, belanjawan, merancang kajian dan kelulusan data berkaitan gaji. Di samping itu, dengan menyiarkan maklumat semasa melalui laman web mengenai polisi pampasan, penerangan program, penjelasan kelayakan, bentuk pampasan baru, dan soalan yang sering ditanya dan beserta jawapan di laman web. Selain daripada itu juga setiap individu pekerja boleh mengakses Jabatan Pengurusan Sumber Manusia dan menjimatkan sebahagian besar masa, kos yang di gunakan.
Akhir sekali, berasaskan laman web tersebut juga permohonan dapat di laksanakan secara fleksibel dan efisyen. Selain daripada itu juga laman web ini juga menyediakan pengguna dengan ulasan talian laporan pampasan pelbagai yang yang di bina dalam sistem. Pengguna juga boleh menjalankan apa yang dirancang dan penganalisisian senario dan simulasi dalam merancang belanjawan pampasan dapat meningkatkan kualiti pampasan strategik di dalam membuat keputusan.
(399 patah
perkataan)
RUJUKAN
No comments:
Post a Comment